7 Tanda Anak Anda Mungkin Penghidap Tonsil
Tonsillities dan Kanak-kanak
Hari ni LV nak share pula berkaitan penyakit Tonsil @ dikenali sebagai Tonsillities. Radang tonsil biasanya berlaku di dalam umur 3 tahun ke atas. Kanak-kanak berumur 2 tahun ke bawah biasanya jarang terkena tonsil ini walaupun tidak terkecuali. Paling kerap adalah berumur di dalam lingkungan 5-15 tahun. Anak sy sendiri mengalami masalah ini sejak dari lahir.
Sebagai Ibu yg sentiasa ingin memastikan anak sentiasa berada pada tahap kesihatan maksimum bagi mengurangkan risiko de serang Tonsillities. Masa mula2 doc terangkan pasal penyakit ni sy yg baru shj menjadi ibu rase pelik je nak sebut nama penyakit ni. Lama2 baru la tau ape sebenarnya penyakit ni. Jom kenal lebih lanjut......
APAKAH ITU TONSIL?
Tonsil ialah sejenis tisu limfoid yang merupakan sebahagian dari sistem pertahanan badan. Tisu limfoid ini terdiri daripada sejenis sel dipanggil limfosit yang penting untuk bertindak melawan penyakit. Terdapat 3 jenis tonsil yang terdapat di rongga mulut:-
- Adenoids - tonsil yang terletak di belakang hidung
- Lingual tonsils - tonsil di belakang lidah
- Palatine tonsils - tonsil di tekak yang sedang kita perkatakan.
Apa itu radang tonsil atau tonsillitis?
Tisu limfoid adalah sebahagian daripada sistem kelenjar limfatik diseluruh tubuh dan kawasan usus yang boleh membengkak sekiranya ada jangkitan. Sebagai contoh kelenjar limfatik di leher, boleh membengkak sekiranya terdapat jankitan di dalam mulut misalnya. Pembengkakan ini adalah reaksi kepada jangkitan untuk menghasilkan lebih banyak sel untukmelawan penyakit.
Oleh itu, apabila terdapat jangkitan di dalam tekak, sebagai salah satu sistem limfatik, tonsil ini akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang disebut tonsilitis atau radang tonsil.
Apakah penyebab dan gejala radang tonsil?
Tonsilitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus ataupun jangkitan bakteria di dalam tekak. Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah. Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles boleh juga menyebabkan pembengkakan tonsil juga.
Antara gejala Tonsil
- Sakit tekak yang kadang2 teruk & hilang suara@serak
- Tidak boleh menelan atau sakit apabila menelan
- Demam yang kadang2 sangat tinggi
- Sakit kepala dan sakit-sakit badan
- Kadang-kadang ada bengkak pada leher.
- Mulut berbau busuk
- Berdengkur waktu tidur
Post a Comment